MENU

Tuesday, July 9, 2019

Pengalaman guna skincare acid from korean

Ni bukan muka aku, rembat dari en.google
Hai ! Assalamualaikum. Jadi, dihari yang mendung, hujan, sejuk beku ini, aku terdetik untuk share pengalaman aku sendiri guna skincare-skincare korean terutama yang mengandungi asid. Entry kali ni bukan sebab aku tak suka, haters or bitter k-poppers ke apa, tapi ni adalah honest review dari aku.

Aku yakin yang semua orang especially gegirls nak kulit licin bak diamond, clean, glass skin macam awek korea kat atas tu. Semua perempuan memang obses untuk jadi cantik. Belum cerita part yang nak kurus kering dan keding bak lidi. So, jalan terpantas selain pakai foundation adalah pakai skincare yang berasid.

Aku rasa semua dah tahu, yang skincare berasid ni akan bagi effect glow kat muka. And aku pon terjebak sekali πŸ˜†. Aku dah pakai skincare ni dah almost 2 tahun la. Kire aku setia la dengan produk korean, sebab aku pon nak cantik segak macam orang koreaa 😚. Lama kot 2 taonn.

Aku cakap macam kecoh sangat, padahal aku baru guna 2 product korean yang agak famous aku rasa, iaitu Some By Mi AHA BHA PHA 30 days Miracle Toner & Pixi Glow Tonic.


Some By Mi Miracle Toner

So, basically aku suka dua toner ni. Memang dia bagi effect glow tapi bukan tahap glass skin lagi la. First year, aku guna Some By Mi Miracle Toner. Memang best. Aku pakai toner ni before dia meletup sebab aku ada tengok combination toner ni dengan pencuci muka Mooncat.


Pencuci Muka Mooncat

Haa tu pencuci muka Mooncat bagi sesiapa yang tak tahu. Aku rasa muka aku bersih mungkin sebab combination dua product tu. After setahun jugak aku pakai Mooncat + Miracle Toner, aku still tak puas hati. Biasalah manusia tamak haloba macam aku ni, tak reti-reti nak bersyukur. So, aku pon berhasrat untuk tukar pencuci muka lain dan toner lain. Untuk entry kali ni aku fokus toner dulu lah.

Pixi Glow Tonic


So, aku tukarlah kepada Pixi Glow Tonic. Aku pakai toner ni tak lama, dalam 6 bulan macam tu je. Aku rasa semua orang alami mende ni, bila start je pakai toner, muka kau akan rasa pedih macam terhakis. Mula-mula aku macam dah takot sebab aku pakai skincare selama ni mana penah pedih kan.  Even Miracle Toner  tu pon tak pedih. So aku search la youtube. Orang lain sebelum beli, search dulu, aku dah beli baru buat research. Harrreyy sungguh πŸ˜‚. 

Aku terjumpe sorang youtuber tu buat review pasal product ni. Dia ada cakap kalau sakit merengsa tu means kulit kita tengah bertindak balas lebih kurang macam tu la. Aku pon pakai la sampai 6 bulan. Pastu, aku perasan pori-pori aku makin terbukak luas, walhal rumors toner yang aku dengar boleh mengecilkan pori. Pastu muka aku senang kena sunburn. Aku rasa kulit aku macam makin nipis. Lepastu makin lama, aku perasan ada macam putih panau. Aku try letak ubat panau, tapi makin teruk.

 So aku decide untuk pergi jumpe doktor. Doktor cakap kulit aku jadi macam tu, sebab skincare. Aku macam dah cuak dah 😲. After aku tau sebab skincare, aku try untuk stop. Mende tu makan masa untuk hilang. Aku dah pakai 6 bulan takkan stop makan masa sehari untuk hilang. Aku konon-konon try untuk skip-skip pakai. Then. aku nekad jugak untuk stop terus ! Dan after 2 hari aku stop, penuh jerawat timbul. Tapi, aku rasa belum terlambat lagi, sebab jerawat tu masih bisa dibendung gittuh. Alhamdulillah😎

Cetaphil Gentle Skin Cleanser


Jadi sekarang aku decide untuk pakai skincare yang organik dan klinikal je. Yang disyorkan oleh doktor-doktor kulit. Untuk sesiapa yang nak pakai product yang mengandungi asid, aku tak cakap produk tu 100% tak bagus, tapi mungkin aku yang tak pandai guna or macam mana. So, its up to you guys. Jangan sebab obses nak cantik, tibai je semua menda bagi your skin untuk hadam mende tu. Jadi, #SayangiKulitAnda ! gittuwh. 😜


Sunday, July 7, 2019

Kat mana nak cari produk SKII yang MURAH, ORIGINAL & TRUSTED ?

Gambar from Google, ehek

Hari ini aku berhasrat untuk share kedai atau shop yang jual produk-produk SKII yang murah dan yang penting ORIGINAL ! Sebelum tu jom kita tengok dulu apa specialnye produk SKII ni.

Macam biasa, kalau kite dengar SKII je mesti yang terkeluar dekat otak is 'Pitera Essence' atau nama lain dia adalah "Miracle Water". Facial Treament Essence (PITERA) ni merupakan signature dan most awarded bestseller, jadi memang dah famous lah dalam Malaysia ni. Tak payah nak google beria pun, kita dah boleh tahu ramai pengguna yang bagi positif feedback selepas guna produk ni. Jadi apa kebaikan dia ?


πŸ’“ 1- Mengekalkan fungsi semulajadi kulit 

PITERA mengandungi komponen yang serupa dengan Natural Moisturizing Factors (NMF) yang terdapat dalam kulit yang sihat, membantu mengekalkan penghidratan dan menjadikan kulit lebih bersinarr gittuw. PITERA juga mengandungi keseimbangan Vitamin, Asid Amino, Mineral dan Asid Organik yang berfungsi bersama untuk membolehkan proses keremajaan berlaku pada kulit. So, umur 40 tahun pon boleh pakai kalau nak nampak macam doploh 😁

πŸ’“ 2- Memperkukuhkan fungsi perlindungan kulit 

Malaysia ni ada bermacam musim dan kadang tu tak menentu, jadi PITERA dapat membantu kulit dari kusam, kering dan berkedut walaupun terdedah dengan pencemaran alam sekitar terutama orang yang duduk di kawasan bandar yang lebih terdedah dengan asap dan debu.

πŸ’“ 3- Mengelakkan kerosakan permukaan kulit

PITERA dapat menghalang kerosakan pada permukaan kulit yang disesbabkan oleh sinaran UV. Jadi kulit sentiasa berseri dan bersih !


Jadi, balik semula ke topik, kat mana nak cari produk SKII yang murah dan original. Baru-baru ni aku ada beli Essence ni di satu igshop iaitu @shoppingmurah_lessismore.  Harga dia murah dari harga counter dan ig shop ni selalu buat SALE. So haritu aku belilah PITERA Essence yang 75ml. Mula-mula aku was-was jugak sebab kenapa sampai-sampai kotak putih.

PITERA Essence 75ml

Bila aku buat research apa semua, and dekat ig shop dia pun dah ada explain kenapa dapat sebegitu 

"First of all, SK-II dah tak produce FTE 75ml untuk loose purchase. Dia cuma produce FTE 75ml untuk welcome kit sahaja yang kita semua tahu dorang dah limitkan 1 unit per customer Dan setiap negara, welcome kit dia tak sama, kalau korang perasan semua welcome kit ni FTE 75ml ni takde dalam box merah same goes to the 75ml yang kitorang baru received. Beza dia, kalau untuk loose purchase macam yang boleh beli dekat counter, dalam box putih ni, akan ada box merah pulak"

Dan kalau korang still jugak ragu-ragu. Korang boleh check sendiri guna "Cosmetic Calculator" yang akan provide general information tentang produk kita tu.

Code Product

Cosmetic Calculator

Tapi, tak semua phone support cosmetic calculator ni. Mostly, android laa yang tak support. Iphone okkay je. So untuk korang yang berminat nak cuba SKII boleh la beli dengan @shoppingmurah_lessismore sebab harga murah and yang penting ORIGINAL ! Kalau murah tapi fake buat po πŸ˜’

Bagi aku, pakai skincare macam ni, bukan untuk kulit melepak macam hantu cina, tapi skincare macam ni sebenarnye dapat merawat kulit kita untuk lebih sihat dan bersih !

So, itu je dari aku. Selamat membeli ! πŸ‘€