MENU

Tuesday, July 9, 2019

Pengalaman guna skincare acid from korean

Ni bukan muka aku, rembat dari en.google
Hai ! Assalamualaikum. Jadi, dihari yang mendung, hujan, sejuk beku ini, aku terdetik untuk share pengalaman aku sendiri guna skincare-skincare korean terutama yang mengandungi asid. Entry kali ni bukan sebab aku tak suka, haters or bitter k-poppers ke apa, tapi ni adalah honest review dari aku.

Aku yakin yang semua orang especially gegirls nak kulit licin bak diamond, clean, glass skin macam awek korea kat atas tu. Semua perempuan memang obses untuk jadi cantik. Belum cerita part yang nak kurus kering dan keding bak lidi. So, jalan terpantas selain pakai foundation adalah pakai skincare yang berasid.

Aku rasa semua dah tahu, yang skincare berasid ni akan bagi effect glow kat muka. And aku pon terjebak sekali 😆. Aku dah pakai skincare ni dah almost 2 tahun la. Kire aku setia la dengan produk korean, sebab aku pon nak cantik segak macam orang koreaa 😚. Lama kot 2 taonn.

Aku cakap macam kecoh sangat, padahal aku baru guna 2 product korean yang agak famous aku rasa, iaitu Some By Mi AHA BHA PHA 30 days Miracle Toner & Pixi Glow Tonic.


Some By Mi Miracle Toner

So, basically aku suka dua toner ni. Memang dia bagi effect glow tapi bukan tahap glass skin lagi la. First year, aku guna Some By Mi Miracle Toner. Memang best. Aku pakai toner ni before dia meletup sebab aku ada tengok combination toner ni dengan pencuci muka Mooncat.


Pencuci Muka Mooncat

Haa tu pencuci muka Mooncat bagi sesiapa yang tak tahu. Aku rasa muka aku bersih mungkin sebab combination dua product tu. After setahun jugak aku pakai Mooncat + Miracle Toner, aku still tak puas hati. Biasalah manusia tamak haloba macam aku ni, tak reti-reti nak bersyukur. So, aku pon berhasrat untuk tukar pencuci muka lain dan toner lain. Untuk entry kali ni aku fokus toner dulu lah.

Pixi Glow Tonic


So, aku tukarlah kepada Pixi Glow Tonic. Aku pakai toner ni tak lama, dalam 6 bulan macam tu je. Aku rasa semua orang alami mende ni, bila start je pakai toner, muka kau akan rasa pedih macam terhakis. Mula-mula aku macam dah takot sebab aku pakai skincare selama ni mana penah pedih kan.  Even Miracle Toner  tu pon tak pedih. So aku search la youtube. Orang lain sebelum beli, search dulu, aku dah beli baru buat research. Harrreyy sungguh 😂. 

Aku terjumpe sorang youtuber tu buat review pasal product ni. Dia ada cakap kalau sakit merengsa tu means kulit kita tengah bertindak balas lebih kurang macam tu la. Aku pon pakai la sampai 6 bulan. Pastu, aku perasan pori-pori aku makin terbukak luas, walhal rumors toner yang aku dengar boleh mengecilkan pori. Pastu muka aku senang kena sunburn. Aku rasa kulit aku macam makin nipis. Lepastu makin lama, aku perasan ada macam putih panau. Aku try letak ubat panau, tapi makin teruk.

 So aku decide untuk pergi jumpe doktor. Doktor cakap kulit aku jadi macam tu, sebab skincare. Aku macam dah cuak dah 😲. After aku tau sebab skincare, aku try untuk stop. Mende tu makan masa untuk hilang. Aku dah pakai 6 bulan takkan stop makan masa sehari untuk hilang. Aku konon-konon try untuk skip-skip pakai. Then. aku nekad jugak untuk stop terus ! Dan after 2 hari aku stop, penuh jerawat timbul. Tapi, aku rasa belum terlambat lagi, sebab jerawat tu masih bisa dibendung gittuh. Alhamdulillah😎

Cetaphil Gentle Skin Cleanser


Jadi sekarang aku decide untuk pakai skincare yang organik dan klinikal je. Yang disyorkan oleh doktor-doktor kulit. Untuk sesiapa yang nak pakai product yang mengandungi asid, aku tak cakap produk tu 100% tak bagus, tapi mungkin aku yang tak pandai guna or macam mana. So, its up to you guys. Jangan sebab obses nak cantik, tibai je semua menda bagi your skin untuk hadam mende tu. Jadi, #SayangiKulitAnda ! gittuwh. 😜


1 comment:

  1. Hai pienyet ! Saya pon ada guna and jadi benda sama �� macam mana you overcome those jerawat ? I sampai sekarang still ada ������ parut penuh, jerawat makin teruk �������� please help me

    ReplyDelete